Thursday, August 29, 2013

Perniagaan Maya Part 3 : Memasarkan Produk Dengan Sistem Affiliate

Dua fungsi penting dalam perniagaan : pengeluaran dan pemasaran
Bila sudah berjaya membangunkan ebook tibalah masa untuk memasarkannya.Produk digital lebih mudah dipasarkan berbanding produk fizikal.Di sinilah bermulanya kegunaan sistem affiliate.
Sistem affiliate membolehkan pengeluar(merchant) bekerjasama dengan promoter( dalam internet markerting dipanggil affiliate) untuk mempromosikan produk.Pengeluar memasang sistem affiliate di website mereka, affiliate mendaftar pada sistem affiliate dan mempromosikan produk.Affiliate menerima komisyen atas produk yang terjual.Contoh pengusaha ebook  yang menggunakan sistem affiliate ialah

Shamsuriyadi.com


Terdapat juga sistem affiliate berpusat.Dengan sistem ini pengeluar produk tidak perlu memasang sistem affiliate di website meraka.Sistem affiliate akan dikendalikan oleh pihak ketiga.Pengeluar hanya perlu mendaftarkan produk mereka pada sistem itu.Contoh sistem affiliate berpusat ialah

klikjer.com

Dengan sistem affiliate, peluang untuk usahawan ebook memasarkan produk terbuka luas,anpa modal dan risiko.

Dengan sistem affiliate juga terdapat satu lagi peluang untuk menjana pendapatan iaitu menjadi affiliate.
Kita tidak perlu mempunyai produk,hanya mendaftarkan diri sebagai affiliate dan mempromosikan produk orang lain seterusnya menerima komisyen.Mungkin kita tidak layak dipanggil usahawan lantaran tidak mempunyai produk sendiri tetapi kita layak menerima wang...hahaha.
Maklumat lanjut tentang bagaimana menjadi affiliate yang baik boleh didapati di sini.




Tuesday, August 27, 2013

Perniagaan Maya Part 2 : Maklumat Sebagai Produk

Banyak benda dan perkara yang boleh dijadikan produk.Seperti yang dibincangkan pada entry yang lepas,
ciri-ciri produk yang ideal adalah seperti berikut;

-mudah dibangunkan

-murah dibangunkan
-tinggi permintaan
-mudah dipasarkan
-mudah disimpan
-mudah dihantar kepada customer


Apakah produk yang mempunyai ciri-ciri di atas.Jawabnya ialah MAKLUMAT.

Ya..maklumat juga merupakan suatu produk.Ini bukanlah perkara baru tapi dengan perkembangan IT, perniagaan maklumat menjadi lebih rancak dengan pelbagai format.

Maklumat yang disampaikan dalam format ebook sedang mendapat sambutan yang mengalakkan daripada masyarakat cyber..Jika anda ingin menjadi usahawan maklumat dengan berusaha menghasilkan ebook,saya sarankan kita  belajar dari mereka yang pakar yang sudi berkongsi kepakaran dengan kita.
Maklumat teknikal tentang cara menghasilkan ebook boleh didapati  di sini .
Lakukanlah  sedikit pelaburan untuk mendapatkan ilmu dan menjimatkan masa kita.

Ini peluang kita.Keusahawanan ini hanya memerlukan modal yang minimum.Apa yang diperlukan hanyalah maklumat yang berguna dari anda.Tentunya kita  mempunyai sesuatu untuk disampaikan bukan?.
Pengalaman kita, kemahiran kita,pengetahuan kita tentang sesuatu, semuanya boleh ditawarkan , semuanya boleh diniagakan.Di bawah ini ialah beberapa contoh ebook yang berada di pasaran online;

Yakjuj Dan Makjuj
Usahawan Berjaya
Frekuensi Kaya

Anda juga boleh menghasilkan ebook seumpamanya.





Thursday, August 22, 2013

Perniagaan Maya Part 1 : Produk

Produk ditakrifkan sebagai barangan atau perkhidmatan yang boleh diniagakan.
Nasi lemak produk, Airbus A380 produk, kemahiran menggunting rambut produk, bakat menyanyi produk,
maklumat juga produk.Begitu banyak benda dan perkara yang boleh dijadikan produk, bergantung kepada kreativiti seseorang usahawan.

Produk merupakan central idea kepada sesuatu perniagaan.Biasanya produk ialah perkara pertama yang akan difikirkan oleh usahawan bagi memulakan perniagaan.Memilih produk untuk diniagakan tidak mudah seperti yang disangkakan.Dengan kekangan modal, kemahiran dan sebagainya kita harus terima hakikat bahawa kita tidak bersedia untuk meniagakan  semua jenis produk yang kita inginkan.Mungkin kita berminat untuk berniaga produk primary;menternak, melombong dan sebagainya tapi modal tak cukup besar.Mungkin juga kita berminat untuk menceburkan diri dalam bidang elektronik tapi tak cukup talent.

Mencari produk yang paling sesuai  merupakan tugas usahawan nombor satu.
Lalu apakah ciri-ciri produk yang ideal untuk diniagakan?

-mudah dibangunkan
-murah dibangunkan
-tinggi permintaan
-mudah dipasarkan
-mudah disimpan
-mudah dihantar kepada customer

Adakah produk yang se"ideal" itu?
Jawabnya ada.
Apakah produk itu?
Tunggu...



Wednesday, August 21, 2013

Keusahawanan Dalam Perniagaan


Seringkali perniagaan dikaitkan dengan keusahawanan.Tapi pernahkah kita memikirkan hubungannya secara mendalam?Perniagaan ditakrifkan sebagai  segala kegiatan yang melibatkan jual beli.Perniagaan merupakan aktiviti manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.Boleh dikatakan perniagaan merupakan aktiviti manusia yang terbesar di atas muka bumi ini.Lalu apakah keusahawanan?

Keusahawanan lebih merupakan sikap, sikap berusaha yang perlu ada pada setiap manusia untuk meneruskan kehidupan ,kerana dunia ini merupakan darul-ikhtiar.Kita perlu berusaha untuk apa yan kita hajatkan.Ini kenyataan.Maka barangsiapa yang dianugerahkan dengan sifat keusahawanan yang tinggi , orang itu pastinya dapat menikmati kepuasan dalam hidup ini.Lalu apa kesannya apabila sifat keusahawanan ini dibawa masuk ke dalam dunia perniagaan?

Apabila berniaga dengan sifat keusahawanan, kita akan rasa puas berniaga.Inilah yang paling penting, iaitu merasakan kepuasan dalam setiap bidang hidup kita.Harapan untuk berjaya lebih cerah.Yang membezakan usahawan dengan peniaga hanyalah sifat usaha.Apabila kita memasuki alam perniagaan, kita akan digelar peniaga.Kita mungkin bermula dengan menjual produk orang lain.Apabila kita melipat gandakan usaha kita pada suatu tahap, kita akan digelar usahawan.Kita akan mengeluar dan memasarkan produk kita sendiri.

Ya..usahawan yang sejati ialah peniaga yang mempunyai produknya sendiri.