Bila sudah berjaya membangunkan ebook tibalah masa untuk memasarkannya.Produk digital lebih mudah dipasarkan berbanding produk fizikal.Di sinilah bermulanya kegunaan sistem affiliate.
Sistem affiliate membolehkan pengeluar(merchant) bekerjasama dengan promoter( dalam internet markerting dipanggil affiliate) untuk mempromosikan produk.Pengeluar memasang sistem affiliate di website mereka, affiliate mendaftar pada sistem affiliate dan mempromosikan produk.Affiliate menerima komisyen atas produk yang terjual.Contoh pengusaha ebook yang menggunakan sistem affiliate ialah
Shamsuriyadi.com
Terdapat juga sistem affiliate berpusat.Dengan sistem ini pengeluar produk tidak perlu memasang sistem affiliate di website meraka.Sistem affiliate akan dikendalikan oleh pihak ketiga.Pengeluar hanya perlu mendaftarkan produk mereka pada sistem itu.Contoh sistem affiliate berpusat ialah
klikjer.com
Dengan sistem affiliate, peluang untuk usahawan ebook memasarkan produk terbuka luas,anpa modal dan risiko.
Dengan sistem affiliate juga terdapat satu lagi peluang untuk menjana pendapatan iaitu menjadi affiliate.
Kita tidak perlu mempunyai produk,hanya mendaftarkan diri sebagai affiliate dan mempromosikan produk orang lain seterusnya menerima komisyen.Mungkin kita tidak layak dipanggil usahawan lantaran tidak mempunyai produk sendiri tetapi kita layak menerima wang...hahaha.
Maklumat lanjut tentang bagaimana menjadi affiliate yang baik boleh didapati di sini.