Wednesday, August 21, 2013

Keusahawanan Dalam Perniagaan


Seringkali perniagaan dikaitkan dengan keusahawanan.Tapi pernahkah kita memikirkan hubungannya secara mendalam?Perniagaan ditakrifkan sebagai  segala kegiatan yang melibatkan jual beli.Perniagaan merupakan aktiviti manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.Boleh dikatakan perniagaan merupakan aktiviti manusia yang terbesar di atas muka bumi ini.Lalu apakah keusahawanan?

Keusahawanan lebih merupakan sikap, sikap berusaha yang perlu ada pada setiap manusia untuk meneruskan kehidupan ,kerana dunia ini merupakan darul-ikhtiar.Kita perlu berusaha untuk apa yan kita hajatkan.Ini kenyataan.Maka barangsiapa yang dianugerahkan dengan sifat keusahawanan yang tinggi , orang itu pastinya dapat menikmati kepuasan dalam hidup ini.Lalu apa kesannya apabila sifat keusahawanan ini dibawa masuk ke dalam dunia perniagaan?

Apabila berniaga dengan sifat keusahawanan, kita akan rasa puas berniaga.Inilah yang paling penting, iaitu merasakan kepuasan dalam setiap bidang hidup kita.Harapan untuk berjaya lebih cerah.Yang membezakan usahawan dengan peniaga hanyalah sifat usaha.Apabila kita memasuki alam perniagaan, kita akan digelar peniaga.Kita mungkin bermula dengan menjual produk orang lain.Apabila kita melipat gandakan usaha kita pada suatu tahap, kita akan digelar usahawan.Kita akan mengeluar dan memasarkan produk kita sendiri.

Ya..usahawan yang sejati ialah peniaga yang mempunyai produknya sendiri.