Nasi lemak produk, Airbus A380 produk, kemahiran menggunting rambut produk, bakat menyanyi produk,
maklumat juga produk.Begitu banyak benda dan perkara yang boleh dijadikan produk, bergantung kepada kreativiti seseorang usahawan.
Produk merupakan central idea kepada sesuatu perniagaan.Biasanya produk ialah perkara pertama yang akan difikirkan oleh usahawan bagi memulakan perniagaan.Memilih produk untuk diniagakan tidak mudah seperti yang disangkakan.Dengan kekangan modal, kemahiran dan sebagainya kita harus terima hakikat bahawa kita tidak bersedia untuk meniagakan semua jenis produk yang kita inginkan.Mungkin kita berminat untuk berniaga produk primary;menternak, melombong dan sebagainya tapi modal tak cukup besar.Mungkin juga kita berminat untuk menceburkan diri dalam bidang elektronik tapi tak cukup talent.
Mencari produk yang paling sesuai merupakan tugas usahawan nombor satu.
Lalu apakah ciri-ciri produk yang ideal untuk diniagakan?
-mudah dibangunkan
-murah dibangunkan
-tinggi permintaan
-mudah dipasarkan
-mudah disimpan
-mudah dihantar kepada customer
Adakah produk yang se"ideal" itu?
Jawabnya ada.
Apakah produk itu?
Tunggu...
No comments:
Post a Comment